01
Towing Kereta Dalam Bandar Kuala Lumpur
Mati enjin di Jalan Tun Razak, tersadai dalam parkir bertingkat, atau accident waktu puncak di Bukit Bintang — kereta diangkut terus ke workshop pilihan anda. Flatbed tersedia untuk EV dan kereta auto.
KENAPA ABANG TOW

STANDBY

NO HIDDEN CHARGE

SATU NOMBOR
HARGA · NO HIDDEN CHARGE
Kereta · Ikut Jarak
Penghantaran < 50 kmdari RM230
Penghantaran < 100 kmdari RM400
Penghantaran < 150 kmdari RM450
Lori & Heavy · Ikut Tonnage
Lori 5 tandari RM200
Lori 10 tandari RM550
Lori 15 tandari RM750
Harga anggaran bermula — quote muktamad confirm dalam WhatsApp sebelum unit gerak. Harga yang di-confirm ialah harga yang anda bayar.
Langkah 1
Hantar live location, jenis kenderaan dan masalah. Satu mesej, cukup.
Langkah 2
Harga penuh masuk chat sebelum unit gerak. Anda setuju, baru kami jalan.
Langkah 3
Driver on the way — kenderaan dihantar ke destinasi yang dipersetujui.
SERVIS KAMI · DI JALAN RAYA

Lori Box · Winching

EV · Basement Parking

Winching · Jalan Bukit

Standby · R&R Lebuhraya

Interstate · Jambatan

Flatbed · Kereta Diikat
KAWASAN · SELURUH NEGERI
Luar Kuala Lumpur? Lihat semua 13 negeri Semenanjung
SERVIS · KUALA LUMPUR
KL bukan tempat yang mesra kereta rosak — jalan sehala, parkir bertingkat, zon larangan berhenti, dan susur highway yang silap satu terus pusing jauh. Unit kami biasa dengan selok-belok bandar raya: MRR2, DUKE, SMART, Jalan Tun Razak, sampai koridor workshop di Setapak, Kepong dan Sungai Besi. Dan ingat — kenderaan yang terkandas di zon larangan boleh kena tow oleh DBKL dulu, jadi lebih cepat anda WhatsApp, lebih selamat kereta anda.
01
Mati enjin di Jalan Tun Razak, tersadai dalam parkir bertingkat, atau accident waktu puncak di Bukit Bintang — kereta diangkut terus ke workshop pilihan anda. Flatbed tersedia untuk EV dan kereta auto.
02
Motor mogok atas MRR2, lorong motosikal Jalan Kuching, atau depan ofis di Sentul? Diikat kemas atas lori khas moto — helmet dan barang dalam box sampai sekali ke bengkel.
03
Lori hantaran rosak di Chan Sow Lin, Segambut atau kawasan industri Sungai Besi — unit heavy-duty diatur ikut tonnage, supaya barang dan jadual hantaran anda tak tergantung lama.
04
Cheras merentas dua wilayah — Taman Connaught sisi KL, Balakong sisi Selangor. Tak payah pening sempadan: hantar live location, unit terdekat yang gerak, bukan yang "ikut kawasan".
SOALAN LAZIM · KUALA LUMPUR
Soalan Lazim Kuala Lumpur
Tak jumpa jawapan? WhatsApp terus — lagi senang.
Kenderaan yang ditarik DBKL kena dituntut ikut proses rasmi di depoh mereka — itu di luar kuasa kami. Tapi lepas kereta dilepaskan dan tak boleh start, kami boleh tow dari depoh terus ke workshop atau rumah anda. WhatsApp lokasi depoh dan destinasi, kami aturkan.
Bergantung pada had ketinggian parkir. WhatsApp nama bangunan, aras parkir dan had tinggi kalau ada — kami padankan unit dan kaedah yang sesuai, termasuk menarik kenderaan keluar ke aras yang boleh diakses sebelum diangkut.
Dua-dua kami cover. Cheras memang merentas sempadan KL–Selangor, tapi bagi kami itu tak penting — hantar live location, unit yang paling dekat dengan anda yang digerakkan, tak kira sisi mana sempadan anda berada.
Boleh. Sebut nama dan lokasi workshop masa WhatsApp — kenderaan dihantar terus ke sana. Kalau workshop dah tutup, kami boleh hantar ke rumah anda dulu dan anda uruskan workshop esok pagi.
STANDBY · KUALA LUMPUR · 24/7
Bahu MRR2, parkir bertingkat KLCC, atau lorong belakang Chow Kit — hantar lokasi, confirm harga, unit towing KL gerak.
Hubungi Kami via WhatsAppHantar lokasi. Confirm harga. Unit gerak.
← Balik ke halaman utama